Kereta Chedar. Runsing muka dia sbb keretanya kena speed trap! Hahaha. |
07 September 2011 ( hari pertama )
bergerak ke utara dalam jam 12 tghari. ikut jalan lama then kuar d Tol Changkat Jering. Dari Tlk Intan dua kereta. Kereta Chedar dan gagak hitam sy. Yg join, sy, Taufiq, Dekyin, Chedar, Eja dan Teha. Smpai d utara, amek Punne d Sungai Petani. Terus gerak ke Penang ikut jambatan. Lama gila tak g Penang! Rindu semua kenangan kat sana! sampai je d Penang, kami terus check in d Stallions Apartment d Gelugor. Letak barang, turun balik g makan d Pantai Jerejak. Makan dulu! Lapor kot! Hehe.. Hbs makan, balik apartment. Mandi d swimming pool. Taufiq ajar sy berenang. Sy mmg tak pandai berenang. Fobia sebenarnya sbb pernah lemas kat pantai Port Dickson! penat berendam, naik atas, siap2 nak keluar ke arah Pasar Malam d Batu Feringghi. Keadaan kat situ macam downtown d KL gak. Penat berjalan, terus balik ke apartment. Badan dah penat, mata dah layu tp dah dpt nyembang, hilang semua tu! Hbs berCUP2 meggi dan nescafe 3in1! Mmg happening lepak dgn Encik Gemok sy, Chedar, Eja, Punne dan Eja!
08 September 2011 ( hari kedua )
bangun tdo agak lewat. dalam kul12tghari. keluar je apartment, terus tuju Restoran Mamak Line Clear. Pergh! Ramai yg beratur dah! Pelakon dan model, Dynas Mokhtar pun ada. Penat beratur, tunggu punya lama, Chedar dan Taufiq decided taknak makan situ. So jalan kaki ke restoran mamak yg lain. Tak kisah le kat mane. Asalkan hilang lapor! Cuti d Penang, kami mmg kuat makan kot! Duit pun habis kat makan je!
| Menu lauk2 d Nasi Kandar! Dekyin, Punne dan Teha pose dgn kereta Dynas. Tgk plat kereta dia? Nice kan? |
Pas makan, kami ke Tesco Bayan Lepas lak. Beli groceries sket. Hbs beli barang, ke Hard Rock Hotel. Sesi bergambar. Sampai gelap kami d sana. Pose sesaje! Hehe. Tapi Chedar dan Eja takde. Dorg ke port lain! Hehehe. Hbs pose, balik apartment, mandi dan rest jap.
Sampai apartment, kami mandi dan rest je. Mulanya, semua dah kemalasan nak keluar. Lapar punya pasal, kami keluar gak. Hujan lebat lak. Mood nak jalan jadi kureng so kami decided makan d Pantai Seagate je. Habis makan, balik apartment, LELAP. Tapi hampeh. Chedar dan Eja kacau kami nak tdo. Diaorang dan Punne main lawan2 kentut! Busok punya org! Hahaha. Sembang2 sampai tak sedar dah nak subuh. Masa tu mata masing2 baru nak lelap.
9 September 2011 ( hari terakhir d Penang )
Bangun awal sket sbb nak check out. Keluar apartment, kami pusing2 jap bandar Georgetown dan Persiaran Gurney. Lunch d Nasi Kandar situ gak. Mapley lagi! Hehehe. Nak buat macam mane. Menu terbaik kat Penang, Nasi Kandar je la! Hbs makan terus menuju ke Jetty Ferry. Keluar pulau ikut Ferry lak
Turun dr jetty, kami menuju ke Telaga Air. Nak cari kawan lama sy semasa d Penang, Wan Mazdiana atau org panggil, Cunnie. Then kami decided nak naik puncak gunung Jerai d Gurun sebelum hantar Punne balik SP. Ya amat sejuk kat puncak tu. Dingin je cuacanya. Kalau nak honeymoon atas tu, mmg tempat yg terbaik la. Hehehe. Tp malangnya, time tu sy dan encik Gemox tgh berperang! Huhuhu. So takde la sape2 nak peluk sy yg tgh sejuk atas tu! Hehehe. (sambil buat muka gatey!). Sebelum Maghrib, kami pun beransur pulang. Tamat sudah percutian palen best bersama encik Gemox dan kawan2. Banyak kenangan terindah. Hehe.. Enjoy sangat2. Pasneh, trip kami nak ke Cameron Highland lak! Yahooooo!






No comments:
Post a Comment