Manusia suka memfitnah kerana :
- HENDAK BERJAYA DALAM PEKERJAAN. Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
- SENGAJA MEMBURUKKAN ORANG LAIN ATAS SIKAP DENGKI ATAU CEMBURU. Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai kepentingan tertentu. Mungkin jugak dia memfitnah atas dasar ketidakpuasan hati atas kelebihan seseorang.
- TUJUAN TERTENTU. Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang. Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
- INGIN GLAMOUR. Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama, kedudukan ,status dan sebagainya.
- SUKA - SUKA. Ada gak yang memfitnah kerana suka-suka ek? Tak sangka betul!
- AHLI NERAKA. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibunya. Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka. Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah, ia tanda kita ahli neraka.
Wallahua'lam.
Selamat membaca dan fikirkan....
No comments:
Post a Comment